Maksud tersirat Bayu (dewa)

Perkataan untuk udara (vayu) atau angin (pavana) adalah salah satu unsur klasik dalam agama Hindu. Perkataan Sanskrit 'Vāta' bermaksud "ditiup", 'Vāyu' "peniup", dan Prāna "nafas" (yakni hembusan roh). Oleh itu, maksud utama perkataan ini ialah "dewa Kehidupan", yang kadang-kadang digelar sebagai "Mukhya-Vāyu" (empunya Bayu) atau "Mukhya Prāna" (empunya Kehidupan).[petikan diperlukan]

Kadang-kadang perkataan "vāyu," digunakan dalam memaksudkan udara atau angin fizikal, digunakan sebagai sinonim untuk "prāna".[2] Vāta, nama lain untuk Vāyu, ialah kata dasar "atmosfera" dalam bahasa Sanskrit dan Hindi, iaitu vātāvaranam.[3]

Pavan juga merupakan nama Hindu yang sering dijumpai. Pavana memainkan peranan penting dalam kelahiran Hanuman oleh Anjana sehingga Hanuman juga dipanggil Pavanaputra "anak Pavana" dan Vāyuputra.

Dalam Mahabharata, Bima adalah anak lelaki dan jelmaan Bayu dan memainkan peranan utama dalam Perang Kurukshetra. Beliau menggunakan kekuatan dan kemahiran cokmarnya untuk menyokong Dharma.